Thursday, May 9, 2013

Material Itu Pancing Berbalut Umpan

Pilihanraya Umum ke 13 baru sahaja melabuhkan tirai. Terlalu banyak suka duka yang boleh dikongsi bersama samaada kita sebagai pengundi, petugas parti, penyokong parti politik, petugas SPR mahupun pemerhati politik.

Pilihanraya bagaikan hari raya, sanak saudara dan sahabat handai akan berkumpul di kampung. Jauh atau dekat , tetap akan balik ke kampung halaman untuk tunaikan tanggungjawab memilih pemimpin terbaik untuk negara. Memilih pemimpin yang berupaya memacu negara dan membela masyarakat.
Pemimpin yang disenangi dan disayangi anak muda

Semangat dan kasih sayang Pak Chu Weil

Anak anak bagal pewaris masa depan


 Perayu undi muslimat.. gaya dan gelagat. 


Keputusan Pilihanraya kali ini memperlihatkan kecenderungan pengundi untuk mengundi calon yang berduit dan menduduki tampuk kuasa terutama di kawasan pendalaman atau kawasan mundur. Agenda pembangunan  dikumandangkan sekali lagi dan disahut ampuh pengundi luar bandar yang masih dahagakan pembangunan dan wang ringgit. Senario ini tidak berlaku di iawasan bandar dan sedia maju.

Kereta- kereta buruk dan rumah- rumah buruk dan dhaif digantung dengan bendera janji pembangunan. Harapan mereka, akan berubahlah hidup dan kawasan mereka selepas ini. Menanti dan menanti janji ditepati.

Kekaguman masyarakat luar bandar kepada pemimpin berduit adalah manifestasi mengenang budi dengan mengadai body. Sepatutnya, sesekali kita bertanya, dari mana wang bertimbun. Pemurah bukan alang kepalang. Manis katanya menikam kalbu. Sopan santunnya mengalah dayang istana. Kenapa begini....?????

Analoginya, seorang anak atau seorang isteri, pasti bertanya dan tertanya, bilamana  bapa atau suami yang pendapatannya ala kadar, baiknya sekadar tiba- tiba membawa balik kemewahan yang melimpah ruah di rumah. Senyuman menjadi manis dan ramah. Adakah anak atau isteri menikmati kemewahan dan senyum ramah itu tanpa sebarang persoalan dan keraguan??

Susah kita hidup kita,bila tertelan pancing berbalut umpan. Tiada lagi kebebasan untuk bergerak ke mana- mana kerana talinya di kawal si pemancing. Susah sudah untuk  makan ikut pilihan kerana mulut sakit, terluka. Apa yang paling malang, ikan yang sudah tertelan mata pancing berbalut umpan kena sedia untuk MATI kerana mata pancing itu cukup bisa dan merosakkan fizikal....

Kita kembalilah kepada kemerdekaan seperti diajarkan oleh Islam. Bebas membuat pilihan dan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Usah digadai nikmat ini. Tugas kepimpinan dan mendokong kepimpinan, jauh lebih berat daripada menerima bakal suami dan anak menantu. Kalau tidak, masakan Abu Bakar dan Umar Al Khatab, 2 orang sahabat rapat Rasulullah, 2 mertua Rasulullah, 2 sahabat yang dijamin syurga sanggup meninggalkan rasulullah yang sedang nazak untuk membincangkan urusan kepimpinan Rasulullah.....


Tuesday, March 26, 2013

Bakal Suami dan Bakal Pemimpin


Pernikahan menjadi saat-saat yang amat dinanti-nanti oleh sepasang yang hangat bercinta. Mereka ingin merealisasikan manifestasi cinta mereka melalui ikatan yang sah. Tarikh pernikahan ditunggu dengan penuh debaran setiap saat, setiap ketika, siang dan malam. Pernikahan ini juga meributkan mereka disekeliling  samada mereka ibubapa, adik beradik, anggota keluarga, sahabat handai mahupun jiran sekampung dan sekerja.

Pernikahan ini mendambakan tersirnanya kasih saying, tanggungjawab, keluruhan budi pekerti, kerjasama, hormat menghormati, saliturrahim dan lahirnya anak-anak soleh yang bakal mengimarahkan bumi ini dengan iman dan taqwa. Pastinya, pernikahan ini nanti bakal membahagiakan pasangan ini, membahagiakan anggota keluarga, sekampung dan seluruhnya. Begitulah titipan harapan oleh setiap insane, masyarakat dan Negara. Ini kerana,  daripada keluargalah, terbinanya sebuah masyarakat yang harmonis dan memacu sebuah Negara bangsa yang bertamadun,yang menjamin hak semua.

Dalam kekalutan kita berusaha mencari pasangan yang beriman dan bertaqwa, yang boleh memimpin keluarga menuju redha Allah, pernahkah kita bertanya pada diri, seriuskah kita memilih pemimpin masyarakat dan Negara yang terserlah cirri-ciri pasangan yang ideal, pasangan yang akan membawa kita dan keluarga menuju redha Allah?

Kenapa masih kita menyanjung pemimpin yang terlibat dengan dosa besar seperti pecah amanah, rasuah, kaki botol, tahi judi, kaki betina? Sanggupkah kita bersuamikan suami yang pencuri yang menjadi bualan sekampung? Tentu tidak. Tapi kenapa sanggup bertuankan pemimpin yang mengambil hak rakyat? Sanggupkah kita bersuamikan seorang lelaki yang gagal memimpin keluarganya sehingga anak isterinya hidup tungganglangan, solat entah dimana, aurat tanpa batasnya?

Suami dalam pernikahan diharapkan dapat membimbing keluarga, membentuk keluarga soleh. Adakah boleh diharapkan terbinanya keluarga sakinah sedangkan suami hanya pandai berkareoke, mengaji jauh sekali,kekawannya kaki pemalas, kaki kelentong.

Pada mertua, sanggupkah bermenantukan yang kaya tetapi tidak jelas sumber kekayaannya? Tidak sangsikah mertua terhadap menantu yang kerja sedikit tetapi wangnya berjuta?  Tidak curigakah mertua kepada menantu yang bijak menyusun kata tetapi  penuh nista? Sanggupkah mertua membiarkan anak gadisnya berimam solatkan lelaki yang kolat membaca Al Quran. Bersediakan menerima cucu dari benih lelaki curang, pembohong, kaki maksiat dan pemfitnah?

Justeru itu, memilih kepimpinan Negara lebih besar daripada memilih pemimpin keluarga. Ini kerana tersalah memilih pemimpin keluarga boleh diceraikan, difasakh, dikhuluq, dizihar dan li’ankan. Cuma barangkali anak perempuan akan menjadi janda, cucu terpisah dengan ayahnya. Tempias kesusahan keluarga itu, barangkali berkitar dalam keluarga dan sekitar sahaja. Akan tetapi tersalah memilih dan melantik pemimpin Negara. Rakyat bukan setakat menjadi janda dan terpisah daripada keluarga tetapi jauh lebih sengsara daripada itu. Ianya melibatkan kelompok yang besar, jutaan manusia, masa yang panjang dan melibatkan kerugian yang amat besar. Kesengsaraa ini bukan hanya itu 10 tahun dua tetapi berdekat lamanya dan akan terpahat dalam titipan sejarah.

Marilah bermuhasabah. Letaklah kepentingan orang ramai melebihi kepentingan diri sendiri kerana itulah tanda tingginya nilai peribadi kita. Pilihlah pemimpin secara teliti, lebih teliti daripada memilih calon suami atau isteri, ipar dan mertua.. sekali anda diberi peluang…gunalah sebaiknya..

Thursday, January 24, 2013

4 Abu Yang Mewarnai Hidup Rasulullah


Peristiwa kelahiran baginda Rasulullah pastinya kita tidak akan terlepas daripada mengaitkan kehidupan Rasulullah dengan Empat Abu. Mereka itu ada Abu Bakar As-Sidiq, Abu Talib, Abu Jahal dan Abu Lahab. Dua Abu bertindak sebagai pembela Nabi SAW dan dua Abu sebagai penentang Rasulullah.

Abu Bakar

-          -Abdullah bin Abi Qahafah
-      -    Seorang yang terhormat dari Bani Tamim dan sahabat terawal memeluk Islam
-       -   Menebus Bilal Bin Rabbah yang diseksa oleh tuanya Umaiyyah
-     -     Pernah dipukul hingga pengsan kerana mempertahankan Rasulullah di Mekah
-         - Digelar As-sidiq kerana membenarkan berita Isra’ dan mikraj Rasulallah
-        -  Menemani Rasulullah berhijrah ke Madinah dan anaknya Asma menyediakan makanan
-         - Menahan Rasulullah daripada dipatuk ular semasa di Gua Thur
-       -   Mengahwinkan dara suntinya Aisyah ketika usia Aisyah 6 tahun bagi mengubat kesedihan --Rasulullah yang kehilangan Khadijah.
-        -  Membelanjakan seluruh hartanya dalam peperangan Mu’tah bagi menjamin kemenangan tentera Islam
-        -  Orang yang disebut oleh rasulullah sebagai orang yang mempunyai  timbangan yang lebih berat daripada amal umat selepasnya.
-       -   Dilantik sebagai khalifah Ar-Rasyidin yang pertama selepas kewafatan baginda nabi SAW

Abu Talib
-          -Bapa saudara Rasulullah yang dipilih oleh Rasulullah untuk hidup bersamanya
-        -  Pernah dinasihat oleh Bukhaira tentang tanda-tanda kerasulan Muhamad SAW ketika beliau membawa nabi berniaga di Syam
-        -  Bapa kepada Ali bin Abi Talib dan mempunyai anak yang ramai
-         - Disegani oleh penduduk Mekah sekalipun beliau seorang yang miskin
-      -    Menolak tawaran untuk menyerah Nabi SAW kepada musyirkin Mekah dan sanggup dibaikot oleh musyirikin Mekah .
-        -  Tidak mati dalam keadaan islam sekalipun telah didoakan oleh Rasulullah

Abu Jahal
-          -  Nama Abu Jahal yang sebenarnya adalah Abdul Hakam bin Hisyam.
-          Bukan bapa saudara nabi SAW.
-          Sejak sama-sama remaja Abu Jahal senantiasa mengolok-olok Muhammad. Pernah juga keduanya berkelahi, Abu Jahal kalah dan terkilir lututnya. Ia sangat dendam kepada Muhammad.
-          Abu Jahal pernah melamar Khadijah binti Khuwailid, tetapi Khadijah menolak lamaran tersebut. Beberapa bulan kemudian, Muhammad meminang Khadijah dan langsung diterima. Hati Abu Jahal semakin dengki kepada Muhammad. Setelah orang-orang lemah masuk Islam, Abu Jahal memproklamirkan dirinya sebagai preman kota Makkah. Orang-orang dhuafa yang masuk Islam semua mendapat penyiksaan pedih dari Abu Jahal. Yasir dan isterinya Sumaiyyah mendapat siksa sampai syahid di tangan Abu Jahal.
-          Isra’ Mi’raj terjadi pada 27 Rajab, tahun ke-12 dari kenabian atau 2 tahun sebelum Hijriyah. Setelah Isra’ Mi’raj Rasulullah mengajak manusia supaya percaya kepada kisah perjalanan yang menakjubkan itu. Banyak orang yang tidak percaya, termasuk Abu Jahal. “Bohong kau Muhammad, bagaimana mungkin dalam satu malam saja kamu boleh ke Baitul Maqdis? Kalau kau benar-benar sampai di sana, cuba kau ceritakan apa yang kau lihat dalam perjalanan.” Muhammad bercerita sesuai dengan yang dilihatnya secara akurat. Orang ramai membenarkan kecuali segelintir para munafiq dan Abu Jahal. “Itu sihir yang nyata!”, teriak Abu Jahal.
-          Kemudian Abu Jahal dan anak buahnya selalu menganggu orang-orang yang shalat. Mereka sering melemparkan orang-orang shalat dnegan tahi unta, kotoran kambing, dan sebagainya. Mereka ramai dan sering mengejek orang-orang Islam dan Muhammad SAW, namun demikian, nabi dan pengikutnya tetap bersabar dan tidak melawan orang jahil yang berkelompok itu.
-          Suatu hari, Abu Jahal sendiri yang ingin membinasakan Nabi Muhammad SAW. Ketika nabi sedang sujud, Abu Jahal muncul mengendap-ngendap dengan batu besar di tangannya. Ia ingin menghantam kepala nabi agar pecah. Tiba-tiba ia melihat seekor unta raksasa yang ingin menelannya. Abu Jahal ketakutan sambil melepaskan batu dan lari terbirit-birit, sampai terkencing dan terberak dalam seluar. Sampai di rumah ia pengsan beberapa saat.
-          Dasar orang jahil, Abu Jahal belum merasa serik, ia terus menghina Muhammad, dan dia pula yang merancang siasat agar Muhammad dibunuh atau dihalau dari Makkah. Ketika Muhammad telah hijrah, Abu Jahal berpesta pora. Ia merasa dirinya sudah menang dan merasa cukup. Allah berfirman tentang Abu Jahal ini, “Sekali-kali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas. Karena dia melihat dirinya serba cukup.” (QS. Al-‘Alaq : 6 – 7)
-        -  Antara orang yang didoakan memeluk Islam oleh rasulullah berasama Umar Al-Khatab


Abu Lahab
-        
                        -   Nama Abu Lahab yang sebenarnya adalah Abdul Uzza bin Abdul Muthalib
-          Bapa saudara Rasulullah
-          Merayakan secara besar-besaran menyambut kelahiran nabi SAW
-          Ia adalah tokoh kuffar Quraisy yang sangat membenci Nabi Muhammad SAW dan ajaran Islam yang dibawanya. Dialah yang mempermalukan Nabi di depan umatnya dengan ucapan yang hina, “Celaka engkau hai Muhammad! Apakah ini maksudmu mengundang kami kemari?” kata Abu Lahab dengan sangat marah saat nabi sedang berkhutbah di kaki bukit.

-          Keranaa kelancangannya itulah, pada hari itu juga Allah mempermalukan Abu Lahab dengan turun Surat Al-Lahab : “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula istrinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.” (QS. Al-Lahab : 1 – 4).
-          Abu Lahab ketika itu tidak sendiri, ada lagi kawan setianya Abu Jahal, Walid bin Mughirah Al-Makhzumi, ‘Ash bin Wail As-Sahmi, Amru bin Hisyam, Abdul Azza, Nadhar bin Harits, Uqbah bin Abi Mui’th, Ubay bin Khalaf, Umayyah bin Khalaf, dan lain-lain.

Kesimpulannya, jadilah kita Abu Bakar yang sentiasa mempertahankan rasulullah. Rugi jadi macam Abi talib, banyak sumbangan kepada rasulullah tetapi tidak mendapat hidayah untuk beramal dan menerima islam sebagai cara hidup. Dan amat malang dan celakanya menjadi seperti Abu Lahab dan Abu Jahal. Takbirrrrrrrr

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008